Tuesday, July 29, 2008

PETA LOKASI RESTORAN DAPUR BONDA


Memandangkan kami mendapat respon yang cukup baik dari pelanggan, saya telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pelan lokasi restoran kami untuk kemudahan pelanggan-pelanggan yang datang dari luar Bandaraya Alor Setar. Gambar di atas adalah peta lokasi yang menunjukkan lokasi restoran kami. Kami cuba menyiapkan peta lokasi ini semudah yang mungkin. Adalah menjadi harapan untuk peta lokasi ini mudah difahami oleh semua pelanggan. Sebarang kesulitan/kekurangan amatlah dikesali.

Monday, July 28, 2008

DAPUR BONDA Katering

Atas permintaan ramai pelanggan, kami juga menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang jenis majlis jamuan makan. Antara pengalaman kami dalam bidang katering ini adalah penyediaan makanan bagi majlis perkahwinan, mesyuarat, jamuan korporat dan beberapa majlis keraian lain. Alhamdulillah...kerana kebanyakkan majlis-majlis jamuan yang kami uruskan kebiasaannya melibatkan semua jenis golongan sama ada golongan biasa atau VIP. Kebiasaannya untuk perkhidmatan katering ini, pelanggan akan berbincang terlebih dahulu dengan kami bagi memutuskan hidangan yang dikehendaki bersesuaian dengan majlis yang hendak diadakan. Harga yang dikenakan pula adalah bergantung kepada jenis hidangan yang disediakan dan juga perkhidmatan yang diberi. Kami turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti menyediakan khemah/kanopi dan penyewaan peralatan audio untuk sebarang jenis majlis. Sebarang pertanyaan untuk perkhidmatan katering ini bolehlah menghubungi talian berikut:

012-499 0371 (SAFWAN)
012-312 5442 (PN. AZRINA)

Insya Allah, kami akan uploadkan beberapa keping gambar tentang perkhidmatan katering kami pada masa terdekat.

'KEENAKAN MASAKAN WARISAN'

Bersesuaian dengan tagline Restoran Dapur Bonda iaitu 'Keenakan Masakan Warisan', menu-menu yang disajikan adalah resipi masakan turun temurun di tambah dengan sajian-sajian masakan kampung. Operasi perniagaan bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah malam dan beroperasi dari Ahad hingga Jumaat. Operasi bagi hari Sabtu hanya bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Pelanggan dijanjikan dengan bermacam-macam jenis hidangan sepanjang operasi perniagaan dijalankan.

SELAMAT DATANG




Bermula dari hanya sebuah kedai makan kecil di Taman Selera Darulaman, Jalan Tun Abdul Razak Alor Setar Kedah pada tahun 1993 dimana pada masa itu dikenali sebagai 'Naj Nasi Tomato'. Setelah hampir 14 tahun berkecimpung dalam industri makanan,timbul idea untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam industri ini. Setelah bertungkus lumus bersama-sama pencetus idea awal (BONDA Tunku Najmiah, Kakna dan Abg Adi) untuk menceburi perniagaan restoran ini, akhirnya RESTORAN DAPUR BONDA telah berjaya memulakan operasi pada 6hb Mei 2008. Untuk anda yang memang mengetahui tentang selok belok Bandaraya Alor Setar, restoran ini terletak di Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan (belakang Bank Islam cawangan Alor Setar). Insya Allah kami akan cuba uploadkan peta lokasi restoran ini untuk kemudahan pelanggan dari luar Alor Setar dalam masa terdekat. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua ahli keluarga yang sama-sama telah membantu dan memberi sokongan yang tak berbelah bagi pada kami.