Sorry sebab dah agak lama tak update perkembangan Dapur Bonda...busy sikit dari bulan puasa hinggalah ke hari ni....masa ramadhan semua krew-krew agak sibuk memandangkan kami semua menguruskan operasi jualan lauk pauk bagi 2 tempat pasar ramadhan....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.....selepas hari raya pulak....krew-krew kembali sibuk mengendalikan operasi harian di restoran dan dalam masa yang sama memenuhi tempahan katering untuk majlis-majlis 'open house' sempena aidilfitri.
Untuk pengetahuan semua pelanggan....operasi restoran pada waktu malam kini semakin rancak....kami telah menyediakan 'projektor' untuk tontonan semua pelanggan pada sebelah malam....saiz skrin yang dipaparkan merupakan antara yang terbesar di bandaraya Alor Setar (12 X 12 kaki)...seperti biasa....pada setiap hujung minggu....restoran akan dipenuhi dengan ramai pelanggan yang ingin menyaksikan perlawanan EPL yang disiarkan melalui ASTRO......bagi penggemar char koay teow....bolehlah datang menikmati resipi My Friends Char Koay Teow dari Pulau Mutiara....bersesuaian dengan taglinenya....'Sesedap Rasa Resipi Istimewa'....Insya Allah....untuk posting seterusnya....saya akan uploadkan beberapa keping gambar ketika operasi Dapur Bonda pada sebelah malam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment